Wednesday, July 25

Diari Ramadhan Gangster. 1

Ya, bulan Ramadhan dah datang. Bila Ramadhan datang maknanya lagi tiga puluh hari nak raya. Tapi sebelum raya, semua umat islam yang sudah keluar mani dan haidnya serta waras fikirannya diwajibkan berpuasa.

Biarpon gua seorang gangster, gua masih lagi tahu bulan ramadhan adalah bulan puasa, tak macam member-member gua, bulan ramadhan disangkanya bulan syaaban.

Puasa tahun ini semangat gua ke dapur begitu membara. Semangat itu gua tak tahu datangnya dari mana. Mungkin kerana matang gua dah sampai tahap tinggi. Mungkin juga gua nak uji skill gua pegang sudip. Mungkin juga ciri-ciri suami romantis sudah terbit dalam jiwa gua.
~
Petang itu  tepat jam enam gua mula bertukang. Kuali tiga dalam satu yang baru dibeli dua tiga hari lepas gua portkan depan tv. Bahan-bahan masakan gua dah ready kat tepi. Jadi, mulalah proses gua menumis. Haruman bau menumis menusuk hidung gua. Gua agak-agak bau gua numis ni merebak sampai lima rumah jiran berselang.

Sedang ralit gua bertukang, member gua kata member dia nak datang rumah. Gua cuma kata no hal, datang saja, usah gentar dengan status gangster yang ada pada gua.
~
Allahhuakbar Allahuakbar.....

Yang, bunyi bang maghrib dah berkumandang. Gua tanpa membuang masa menjamu selera dengan hidangan semua dimasak oleh gua; udang belada, telor dadar, kobis masak kicap, ulam raja, budu.

Sedang gua menjamu selera, member kepada member gua sampai.

"Duduklah, makan-makan, kita buka puasa sama-sama" pelawa gua ramah.

Member kepada member gua itu duduk tanpa silu. Ambil pinggan yang sudah berisi nasik, ceduk lauk dan suapkan ke mulut. Member-member gua kunyah perlahan-lahan; sopan. Tiba-tiba member kepada member gua bersuara, " ni masak sendiri ke beli kat bazar?"

NAMPAK?? NAMPAK?? lu semua nampak tak??!!! Kahkahkahkah!