Friday, July 27

Memori Ramadhan Gangster. 3

Masa gua masih hijau, bulu ketiak pon baru tumbuh dalam 68 helai masa tu, gua masuk ke salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Hidup di kota dusta ini amatlah mencabar, apatah lagi dengan status gua sebagai seorang siswa.

Sumber kewangan gua masa itu adalah pinjaman MARA RM340 sebulan, gua pau Abang Bob gua RM100 sebulan, Kak Ngah gua dalam RM100 sebulan jugak. jadi totalnya RM540. Untuk memudahkan bicara, gua  bundarkan saja jadi RM550.

Jika dalam situasi sangat-sangat genting dan mati akal, gua akan hello Abang Lie gua. Abang lie gua ni muka dia bengis skit. Watak dia sebenarnya kelakar, tapi bila dengan gua agak tegas sikit. Mungkin dia perasan bakat gangster dalam diri gua. Kadang-kadang gua tengok karektor dia ni macam Nasir Bilal Khan pon ada..

 Disebabkan watak dia jenis macam ni, kalau gua helo dia nak mintak bantuan, niat dalam hati nak RM100, tapi bila dengar suara dia gua akan kasi diskaun 50%, jadi RM50. Dia ni plak bukannya lurus, tapi kalau RM50 gua mintak, RM50 la dia bagi. Nak up skit bagi gua ceria bukan sifat dia. Tapi gua tetap syukur.

Bapak gua? Gua tak mintak. Tak berani campur tak sampai hati.

Jadi dengan bajet RM550 lebih, gua gunakan untuk bayar sewa rumah, makan dan minum sehari semalam, bayar tambang LRT pergi dan balik dan tak lupa juga bajet untuk nikotina. Benda-benda ini wajib. Tapi bila dah duduk di Kuala Lumpur, sudah menjadi sunat muakat untuk berbelanja ke arah sosial muda mudi. Sebagai contoh snuker. Snuker jadi salah satu kelas pendidikan jasmani gua. Kalau takde kelas gua memang ada di pusat snuker. Bukan saja bila xda kelas, bila ada kelas pon kadang-kadang gua ada sini.

Pasal makan? Tak tentu. Awal -awal gua makan sedap, Nasi campur lauk ayam. Lama-lama nasi putih telur dadar dan sup kosong. Bila datang Ramadhan, pernah satu kali gua cuma bawak RM3 ke bazar ramadhan. Bila dalam keadaan macma ni gua perlu bijak, gua pergi bazar time-time nak buke, kerana harga pada waktu ni dapat paling murah. Kalau untung nasib dapat free saja. Dengan RM3 tu gua leh dapat air dan nasik. Kadang2 dapat mee.

Tapi bila keadaan makin kritikal, mee segera perisa kari jadi juadah kami. Kami tetap hepi, buka puasa makan megi bersama. Cuma, ada la satu hari tu, bila semua balik kampung, tinggalah gua sorang-sorang dekat rumah, gua buka puasa dengan megi lagi, time tu, mata gua mula berkaca, dan lama kelamaan jatuh menitik nitik memasinkan mee megi.