Friday, April 8

NOSTALGIA - Ustaz Kudin

Dengar nama Ustaz Kudin, kecut semua telur budak-budak laki Sekolah Seri Jengka. Ustaz Kudin gemok, tapi jalannya gagah biar perut jauh ke depan. Lehernya macam takda, lemak-lemak membaluti. Suaranya garau, buatkan semua budak takut. Ada budak-budak yang jahat gelarkan dia Majinbu. (gua lupa ejaan macamana)

Ustaz Kudin garang, lagi garang dari harimau, lagi garang dari singa. Ustaz Kudin paling otai di sekolah. Ustaz Kudin guru paling lama berkhidmat dekat sekolah tu, dari sekolah tu mula-mula buka. Ustaz Kudin ni GPK 1 sekolah gua.

Ustaz Kudin ada 1 van, 1 proton saga, 1 modenas kriss kaler emas pudar. Tiga-tiga kenderaan utama dia ni, akan terselit dia punya senjata. Senjata dia yang akan dia bawa kemana-mana. Senjata dia yang ada banyak pilihan, banyak size, dari kecil halus, sampai la yang besar lengan. Kalau sapa-sapa bertuah, boleh pilih sendiri senjata mana yang lu semua suka. Snjata dia, rotan. Lagi satu skill dia yang sangat-sangat berbahaya, cubitan halus celah kangkang. Bisa cubitan ni sangat berbahaya. Ramai pelajar-pelajar kena kurap disebabkan cubitan dia ni.

Sapa budak-budak laki yang tak merasa rotan ustaz kudin? Sapa budak-budak laki tak merasa kena cubit celah kangkang dengan ustaz kudin. Fhyrus pon penah kena rasanya, Gembo, Fuaddo, Cindai, Feisal, temin,mayama, lan lucah,azri bakhtiar dan ulat-ulat buku lain semua penah merasa. Apatah lagi pelajar jahat seperti kharie shafariz shabudin, saiful azdri, rahmat salehudin, Husni Che Mod, A. Aizat, tu semua dah lali,dah biasa. Kalau mahu lebih ekstrem, senior-senior kuat tabok macam hafizi abdullah, khairul amilin, Omar, dan lain, mereka dan rotan ustaz kudin dah jadi kawan baik. Selalu sangat rotan tu singgah di bontot.

Waktu paling gementar, bila masa matahari turun hujung barat. Dari atas bilik budak-budak junior telek ke surau. Kalau2 motor ustaz kudin ada depan surau. Kalau ada, semua hati tak tenang, semua hati tak senang. Tambah-tambah pada sapa-sapa tak hafal wirid lagi. Jantung mesti degup lagu. Macam gua yang dah hafal lama, gua releks saja. Turun surau dengan tenang, ambil mikrofon, gua laungkan azan.

Masa tingkatan empat, Ustaz Kudin dapat tawaran jadi pengetua kat sekolah lain. Ustaz Kudin menangis teresak esak dalam kelas gua. Dia minta maaf pada semua. Dia kata dia rotan sebab nak mengajar. Dia kata dia garang sebab nak suroh kitorang jadi orang. Ustaz Kudin nangis tak henti-henti. Sedih sangat dia nak tinggalkan sekolah tu. Dia pelok sorang-sorang budak laki dalam kelas gua. Semua budak-budak meleleh air mata, mana taknya, Ustaz yang bengis garang tumpahkan air mata. Gua pon, turut melayan syahdu.

~

Gua rindu zaman di asrama.