Friday, December 9

Monolog Dinihari.

siri sequel Pisau Tikam Dada

Gua menapak dua tiga kaki,
berdiri tegak gua di balkoni.
Sepi, sunyi, dan
cuma sekali sekala suara motokar lalu berbunyi.

Gua jengah langit dinihari.
Kelam, tapi cantik tersuluh tempias sang rawi.

Gua tongkatkan dagu di pagar besi.
Merenung lagi langit atap pelindung bumi.
Tinggi. Sangat Tinggi!
Tinggi itu jugalah cita-cita yang gua impi.

Gua mengeluh sendiri.
Merenung, menimbas, mengimbau apa yg sudah gua lalui.

Gua menapak lagi empat lima kaki.
Kali ini di depan cermin gua tegak berdiri.
Gua tenung dalam-dalam jasad dalam cermin ini;
Jasad dalam cermin yg bernama Khairul Amri.

Gua bertanya pada Si Amri,
Apa yang sudah lu kecapi?
Apa yang lu ingini?
Apa lu mahu sebelum lu mati?
Si Amri diam menyepi.
Diam tanpa menjawab soalan-soalan tadi.

Gua menapak lagi enam tujuh kaki.
Duduk tertib mengadap skrin 17 inci.
Jejari runcing gua mula ligat menekan papan kekunci.

"Rakan2 sepencari rezeki,
lama sudah gua serahkan diri.
lama sudah gua tabur bakti.
lama sudah memecah keringat menyemai budi.
dan selama yang sudah itulah gua sisihkan kemahuan sendiri,
cuba menjulang nama yang bukan gua miliki.
Hari ini, gua terpaksa fikir pasal diri sendiri.
Apa gua mahu, apa gua ingini, apa gua hajati, apa yang gua impi."

Gua menapak lagi lapan sembilan kaki.
Gua bersandar lalu menekan punat 'controller' peti tv.
Cuba meleraikan kusut dalam diri,
Cuba menghilangkan susah dalam hati,
Cuba mengukir senyum walau kelat sekali,
Cuba heningkan kepala dengan mimpi.
Dan MIMPI...