Tuesday, May 22

Aku ada Rahsia Nak Cerita.

Hari ni orang sibuk memperkatakan pasal Nazmi Faiz dapat main dekat Kelab Portugal. Populariti Nazmi mula meningkat. Yang mana tak kenal pon ucap juga tahniah. Dalam pada itu, aku sekadar rileks sahaja. Tidak pula terlampau mehamburkan pujian-pujian di laman sosial facebook, mahupon di ruang berkicau, twitter.

Melihat kepada situasi aku yang rileks dan tenang, kawan-kawan aku merasa hairan. Lalu mereka bertanya " Kenapa lu tenang bak air di kali ni? Lu tak bangga ke dengan pencapaian anak malaysia ni?"

"Bangga juga, tapi gua teringat kisah lama gua. Sebenarnya gua ada rahsia yang gua tak story dengan lu orang semua, maafkan gua kerana berahsia. hari ni gua ceritakan semuanya. Dulu, ketika gua berusia 17 tahun, Real Madrid dan Barcelona berebut nak offer kontrak dekat gua. Tapi gua tolak mentah-mentah dengan alasan ingin menumpukan pada peperiksaan SPM."