Monday, May 14

Tengok Bola Pon Kena Cerdik.

Melihat suasana tidak dapat dikawal dan sesi riot status berlaku dengan ganas, aku rileks saja. Ah, ini jenis-jenis tak cerdik. Lagi pon fanatik mana pon, tanah UK pon belum jejak. Pintu masuk Old Trafford pon belum pernah tengok. Malaslah nak melebih-lebih macam biodata aku tulis 'POB: Manchester'.

Tapi bilamana sang-sang tak cerdik ini mula berkokok bongok dalam channel aku, maka mari sini aku ceritakan sepatah dua kata. Dorang ni paksa aku menulis dengan bengis.

Ah, jika anda-anda dan awak-awak semua menonton bola kerana minat terhadap bola, bukan kerana tengok bola sebab kawan tengok bola, bukan sebab sembang bola kerana kawan asyik sembang bola, bukan juga sebab "ah, layan bola la, baru up to date", maka anda-anda dan awak-awak boleh berfikir dengan cerdik dan mampu menilai dengan baik.

Anda bukan sahaja perlu cerdik, malah perlu juga celik. Bukan setakat mata tapi minda. Musim ini merupakan musim paling hangat, paling gila. Juara ditentukan bukan sahaja pada perlawanan akhir, malah sampai ke minit-minit terakhir. Situasi macam ni yang mampu membuatkan kelenjar adrenal anda-anda merembeskan hormon kortisol dan adrenalin.

Bagi awak-awak yang jenis 'sudahlah tgk bola pon bangang, sains pon bodoh nak mampos', Kortisol adalah hormon steroid yang digunakan untuk mengembalikan keseimbangan tubuh selama periode stres. Kortisol bersifat antagonis terhadap insulin dan bertugas memecah lemak dan protein sehingga memainkan peran dalam mengontrol bagaimana tubuh menggunakan nutrisi. Pendek kata, hormon ini buat anda stress.

Hormon adrenalin ini pula bekerja dengan sistem saraf simpatik untuk meningkatkan dnyutan jantung. Adrenalin juga mendorang metabolism karbohidrat. Ketika sistem saraf pusat melihat situasi berbahaya, adrenalin dilepaskan. Adrenalin meningkatkan denyut janting, melebarkan otot kaki, dan meningkatkan gula darah dengan mendorong penggunaan glukosa.


Untuk lebih mudah, apa-apa refleksi seperti ketika anda cemas ketika menonton bola itu adalah berpunca dari kelenjar adrenal. Anda berdebar debar, kaki mula rasa nak menyepak bola, kadang-kadang peluh dingin mengalir. Ini yang kita mahukan ketika menonton bola. Bukan setakat satu perlawanan, tetapi untuk keseluruhan liga semusim, dan pasukan mana yang power yang mampu buat anda-anda cemas pada tahap yang maksimum?

Berbalik kepada cerita perebutan Man Utd dan Man City, tak cukup power lagi tim tim ini berebut piala sampai ke minit terakhir masa tambahan? Di manakah tim tim lain ketika ini? Ketika Man Utd dan Man city berhempas pulas berebut takhta, Arsenal, Spurs, dan Newcastle pula bertarung untung slot ke Liga Juara Juara? Mana Chelsea dan mana Liverpool?

Chelsea bolehlah dibangga lagi menang perlawanan terakhir, dan bakal beraksi di Final Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool? Ketika MU dan musuh setempat MC berebut untuk tempat pertama, satu dunia tak sedar bahasa Liverpool dan jirannya Everton pula berebut tempat ke 7 ke 8., dan malangnya mereka kalah perlawanan terakhir dengan tim promoted Swansea dan kekal ditangga ke 8. Layakkah tim ini digelar 'Big Four'?? Mereka cuma menang carling cup saja tapi sudah riuh satu dunia? Berkokok sana sini sampai channel aku pon nak masuk tanpa dijempot?

Itu malas aku nak sembang pasal duit beli pemain. Takut-takut anda-anda bakar pula jersey RM40 yang dibeli di downtown tu. Apa kejadah habis 104 juta untuk setakat tangga ke 8 liga?

Untuk pengetahuan anda, tim ini belum lagi memenangai EPL, mereka cuma sandarkan pada kenangan-kenangan 18 kali menang Liga Divisyen Satu. (sebelum wujud BPL).

Sudahlah, biar tim saja yang bangang, penyokong tu biarlah cerdik sikit.