Thursday, May 24

Stres, makan, gemok, dan mak bapak



Mengadap gambar-gambar beribu bukan kerja senang. Membelek gambar satu satu, dari gambar pertama yang la gambar yang ke ribu ribu ribu boleh buatkan moral merudum sekaligus memecahkan mental aku. Tambah buruk lagi situasi kalau masa ada cuma ngam-ngam sahaja. Keadaan jadi lagi buruk kuasa dua kalau banyak lagi set set gambar menanti untuk disetelkan.

Bonus pula kalau kepala dipenuhi masalah-masalah peribadi, contohnya macam bila duit kawen nak cukup ni, keluarga belah perempuan dok tanya bila tarikh nak kawen, makwe plak tanya bila nak beli barang-barang hantaran, kamera plak rosak, tambah malang lense pon rosak sama, nak kena beli baru takde duit, duit nak guna utk kawen lagi, mintak tolong adik beradik kompem tak dilayan, , surat mara pula sampai tanya bila nak bayar hutang, teringat plak kenangan pahit kongsi bisnes dengan kawan yang macam palat takot bini, job-job plak bila lagi nak masuk ni,  penyokong liverpool cari pasal dah la team bangang penyokong banyak bunyi, dan macam-macam permasalahan lagi.

Bila lambakan kerja  dan masalah-masalah ni unite, stress pon datang tanpa diundang.Nak dijadikan cerita, bila stress ni datang, kortisol pon dirembeskan.Kortisol ni hormon steroid yang digunakan untuk kembalikan keseimbangantubuh masa stres.

Kortisol bersifat antagonis kepada insulin dan bertugas memecah lemak dan protein sehingga memainkan peranan dalam mengawal bagaimana tubuh menggunakan nutrisi. Kortisol boleh menyebabkan penambahan berat badan untuk dua alasan. Pertama, kortisol memindahkan lemak dari hati ke otot-otot perut, dan kedua, kortisol meningkatkan nafsu makan.

Jadi, senang cakap, bila stres nafsu makan mula meningkat, mamak dan kedai-kedai makan menjadi tumpuan. Dan bila asyik makan sahaja (sebab asyik stres), berat badan pon bertambah dengan cepat. Bila berat badan bertambah macam biasa, badan pon muda berisi dan chubby.

Tipikal kehidupan masyarakat yang hidup dekat bandar ni, bila stres dah melampau, baru teringat kampung halaman. Nak tenangkan fikiran kononnya. Jadi, bungkus-bungkus baju, dan pulang ke kampung.

Bila sampai dekat kampung, makbapak cakap "wah, dah senang dah nampaknya, badan pon dah makin berisi berisi, cukup makan minum. bila lagi nak kawen??"