Wednesday, May 23

Channel Astro di Rumah Gua.

Tempohari gua lepak-lepak dengan teman lama. Sebab lepak terlampau lama, banyaklah topik topik yang dibualkan. Dari bola, sampai la ke pasal-pasal artis-artis. Sebut pasal artis gua tak berapa ngam nak berborak, melainkan pasal Maya Karin, Adira, Fazura, Nora Danish, Shaira Ayob, dan Sarah Ali.

Borak borak borak punya borak sampai la kat bab bab Astro. Dia kata, Astro rumah dia cuma pasang channel2 musik sahaja. Gua tanya berapa peratusan channel tu dipasang dalam sebulan berbanding channel lain? Dia kata hampir 100%. Bola macamana pula gua tanya. Dia jawab saluran sukan takde sebab bini dia tak suka. Bini dia suka musik jadi dia pon on saja muzik.

Gua tanya muzik apa dia minat. Dia cakap dia true macam dulu, suka punkrock, grunge, dan Oi! Oi! Oi!.. Raggea dan rocksteady dia gelak saja, boleh buat tidor katanya.. kahkahkahkah.. dia gelak2 macam power konon2 nak bagi gua respek. Gua tempek je skali, kalau nak tengok bola pon takut bini baik lu ubah selera dengar K Pop. Kahkahkahkah.. Gua pula gelak besar tengok muka dia nak marah dah  macam setan.

Kemudian dia tanya pula astro rumah gua. Cilaka, ini mesti nak cari modal nak bahan gua balik ni. Gua cakap basic aja, cuma sukan dengan warna wajib ada. Lepas tu gua sembang dengan dia, dalam sebulan 25% buka channel sukan, 10% buka Warna, 10% lagi National Geography, 5% lagi lain-lain channel.

Kemudian dia tanya, "Baru 50%, 50% lagi tu apa???"

"Sudah tentu 50% lagi Astro Oasis"