Zaman dulu-dulu, bukan dulu sangat, bukan zaman Zaiton Sameon, bukan zaman Francisca Peter, bukan juga Kenny Reemy Martin , Rahim Maarof, mahupon adik beradik bangang KRU, zaman sudah milenium. Zaman Mawi mula-mula naik, zaman Faizal Tahir tangah up.
Dengan duit elaun MARA Ringgit Malaysia Tiga Ratus Empat Puluh Sahaja tambah duit pau abang dan kakak gua kira-kira Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja, gua boleh makan selama sebulan, bayar duit sewa rumah apartment, buat tambang bas dan LRT untuk ke kelas setiap hari biarpon gua tak masuk kelas setiap hari, top up telefon bimbit biarpon topup rm10 dan rm30 tak ada lagi masa tu, keluar dating tengok wayang, main snuker di Snuker Utara tingkat 3 Pertama Kompleks setiap hari, lepak food court pertama dari jam 2 petang sampai jam 10 malam, beli rokok Winston 10 setiap hari, dan banyak lagi perkara kejam dan ganas yang gua tak boleh sebut kat sini gua buat dengan nilai duit sebanyak yang gua sebut.
Kenapa sekarang dah tak boleh buat macam tu? Oh,baru gua terfikir, mungkin zaman dah berubah. Zaman sekarang zaman Perdana Menteri Dato Seri Rosmah Mansur meneraju negara.