Wednesday, January 25

Abang dah semakin matang

Sejak dua menjak ni, abang rasa lain macam. Tambah-tambah lagi bila abang dah jadi tunangan orang ni. Abang tak tahu kenapa, tapi abang dapat rasakan tindak tanduk abang semakin matang sejak kebelakangan ni. Abang sekarang lebih banyak serius dan garang. Tidak macam dulu, suka melompat-lompat serta bergurau senda.

Ada juga sekarang abang lebih gemar menyimpan misai. Kalau dulu pantang tumbuh sikit abang dah tebas, tapi kali ini abang lebih selesa biarkan misai tumbuh; menambah matang rupa abang. Perut abang juga telah menunjukkan sintom2-sintom matang, sama macam perut brader-brader abang yang ada berenam tu.

Oleh hal yang sedemikian, abang dah mula rasa seperti brader-brader sekarang. Jadi abang dah taknak bergua lu gua lu lagi. Tak matang semua tu. Nak rocker pon biarlah bertempat. Rocker tu bukan setakat pertuturan saja, rocker tu dekat dalam jiwa. Sekarang ni, abang nak tranformasi, abang nak bahasakan diri abang ni 'abang' kepada adik-adik sekalian.

Ada adik-adik tak puas hati? Datang sini biar abang sungkit paru-paru kiri.

Kahkahkah (gelak brader matang)