Wednesday, January 25

Bila Abang Pandang Gadis Lain..

Masa zaman abang 'hijau' dulu, kalau lawan kelip-kelip mata mesti abang kalah. Tak sampai lima saat mesti mata abang dah berkelip. Tapi kelemahan abang tu abang berjaya atasi bila sudah dewasa sekarang.

Abang bukanlah berlatih, semua terjadi tanpa abang sedari. Sekarang pada usia 27 tahun abang mampu bertahan tanpa kelip selama 5 minit, itupon jika abang terpandang gadis cantik. Pandangan mata tanpa kelip abang mampu bertahan lebih lama lagi jika pakej cantik itu disertakan dengan seksi.

Perkara seperti ini tidaklah abang meminta. Ianya terjadi sendiri. Mungkin kebolehan ini terjadi kerana abang semakin 'dewasa' dan semakin 'mengerti' serta 'memahami'.

Perkara ini sangatlah membimbangkan tunang abang. Pernah satu ketika sedang bersiar-siar di tasik, lalu seorang amoi yang cantik lagi seksi. Mata abang terus tertumpu. Tak berkelip; rezeki.

Tanpa abang sedari tunang abang perasan tingkah laku abang lalu dia berkata, " lu ni kan melampau, pantang awek cun lalu lu pandang tak lepas. Risau la gua lu ni suka sanga pandang perempuan"

Abang tersentak, tapi tenang abang jawab, " Alah, rileks le, melampau apenye. Lu jangan risau, gua pandang perempuan; normal. Kalau gua pandang laki, itu lu patot risau."

Tunang abang angguk-angguk tanda paham, lalu kami pon terus menapak bersiar-siar dengan girang sambil berpimpin tangan.