Tuesday, April 3

Nostalgia Abang Matang ; Aiskrim tupperware.

"Adik!!! Adik!!! Adik!!!" suara Kak Lija pecahkan sunyi pagi. Gua yang tengah ralit layan kartun dekat tv bingkas bangun, berlari ke muka pintu.

"Ada apa??" jerit gua pada Kak Lija yang berdiri di jendela rumahnya; bersebelah dengan rumah gua. "Cik dengan Mek nok g Temerloh. Nok ikot jom la. Boleh beli aiskrim dalam tupperware." kata Kak Lija separa menjerit.

Aiskrim tupperware?? Kepala gua terus teringat aiskrim dalam tupperware yang gua tengok dalam iklan masa layan hindustan dengan Kak Lija semalam. Air liur gua mula kecur. Aiskrim mangkuk dekat kedai Che Kob pon dah best ni kan plak aiskrim tupperware.

"Nak nak nak" jerit gua beria. "Pergi bagitau mak dulu. Lepas tu pergi mandi. Dah siap datang sini" Perintah Kak Lija.

Gua sepantas kilat ke bilik air. Lepas siram badan lima enam cebok gua dah kat depan almari baju. Baju Rocky One kaler ungu yang abang gua beli masa raya dulu gua sarung. Bau kedai masih tak hilang. Baju-baju ada kualiti macam ni gua pakai kalau pergi kalau nak ke bandar saja, tambah tambah baju ni ada keluar iklan dekat tv, lagi la gua sayang.

Bila dah menyemat, baru gua tersengih sengih depan mak gua. "Ni smart-smart ni nak gi mana?" tanya bonda hairan. "Nak ikut Mek gi temerloh" kata gua malu malu kucing. "Pergi amik duit bawah alas rak pinggan tu." gua melompat lompat girang. Gua capai seringgit kertas lalu gua masukkan dalam kocek seluar.

Sepantas Linford Cristie gua berlari ke muka pintu rumah Mek; terpacak dan tersengih-sengih. Semangat! Dapat pergi Temerloh bukan senang-senang. Seminggu sekali memang tak masuk dek akak. Sebulan sekali pon susah. Jarang-jarang sekali biarpon jarak cuma 40km.

Sampai di Temerloh, Pasaraya Pelangi jadi sasaran misi gua dan Kak Lija. Pasaraya ni gua rasa 100 kali ganda lagi besar dari Kedai CHe Kob. Gua pusing-pusing. Mencari cari mana dia aiskrim tuperware ni. Tak pernah lagi gua tengok depan mata gua sebenarnya. Melihat dari rupa di kaca tv, tupperware dia besar betul. Aiskrimnya tentu banyak.

Lepas puas mencari, gua dan Kak Lija jumpa port tupperware banyak-banyak dalam peti ais. "Betul dah ni. Yang ni Kak Lija rasa." kata Kak Lija seraya mencapai tupperware kuning yang ada gambar bunga warna putih. Gua hanya menganggung sambil telan air liur.

Dalam perjalanan balik, gua tak sabar nak rasa aiskrim tu. Tapi Kak Lija cakap makan kat rumah. Gua hampa, tak sabar rasanya nak sampai di rumah.

Bila sampai dekat rumah, gua dah bersila cantik. Kak Lija ke dapur ambil sudu. Jantung gua berdebar. Air liur dah bersepah dalam mulut. Tak larat nak telan. Bila penutup di buka. Kak Lija menjerit; kecewa. Gua bingung. Gua eja nama pada tepi tupperware tu, D.A.I.S.Y.

La, ni yang gua tengok iklan buat kuih masa raya dulu!!!