Monday, April 9

Kisah Benar; Antara Rock dan Cinta

Gua klik button save. Pop up 'progress' terpapar seketika, 1 saat kemudian lesap. "fuh, laju betul pc gua, tak bagi can loading langsung" bisik hati kecil gua; bangga.

Gua habiskan sisa-sisa nikotina terakhir. Gua lepaskan asap perlahan-lahan sambil selang seli gua buatkan bentuk 'O'.  "Kahkahkah. Style style. barulah perokok macam ni, pandai buat O" gua jalan menghala tilam sambil tersenyum bangga dengan kebolehan diri sendiri.

"kejut gua jam 11 pagi. gua ada kerja sikit" gua tinggalkan wasiat pada cik puan gua, sebelum mata gua berlabuh.

.......

Gua menapak ke stesen dalam panas yang menggigit kulit. Baju gambar tengkorak dan kubur yang gua sarung ni tampak menyerlah dalam cuaca panas macam ni. Seluar jeans gua ni pon nampak smart, biarpon lusuh dan dan berbulu-bulu. Kasut converse ni pon nampak style, biarpon dah 5 tahun tak basuh.

"Ah, semua tu nampak style sebab sarung  kat susuk tubuh gua yang sedap ni. kahkahkah" gelak gua seorang diri; jahat - sambil menendang pondok telefon.

"kahkahkah" gua ketawa besar lagi. Kali ini gua tendang pula papan tanda jalan,kuat - menyerlahkan lagi watak antagonis yang gua bawa.

Tapi dalam watak antagonis dan jiwa rock gua, gua tetap memilih LRT sebagai pengangkutan utama. Bukan apa, gua tak mahu melayan kapitalis kapitalis penjual kereta. Cilaka dorang tu, kereta jual mahal-mahal, tak tau lgsung riba, tak takut langsung balasan tuhan. Baik gua simpan duit tu buat beli gitar karen. Tak pon simpan untuk buat konsert solo gua dgn band gua nanti.

Dalam LRT, gua perasan ada satu makwe perhatikan gua. Cantik makwe ni; Ayu. Ada sedikit suntikan rock dalam imej irama malaysia yang dibawanya. Muka dia ala-ala Ramona Rahman masa muda cuma kulitnya lebih sawo matang; lebih melayu.

Gua lemparkan satu senyuman. Senyuman yang jarang-jarang brader rock macam gua bagi, senyuman ni manis sekali. Macam kopi secawan yang dibubuh 10 camca gula. Pendek kata, sekali senyum, pasti banyak semut datang menghurung.

Gua pendekkan cerita, pertemuan dalam LRT tengahari tu menjadi permulaan pada bibit-bibit cinta kami berdua. Gua pon tak tahu macamana gua dengan dia boleh bercinta terus dalam LRT tu. Mungkin kerana kami terlampau mengikut darah muda. Gua mengikut saja, peluang macam ni bukannya senang nak dapat.


Sejak dari peristiwa dalam LRT itu, kami umpama belangkas. Tiap-tiap hari kami bersama, tetapi biarpon begitu jiwa rock gua sikit pon tak luntur. Gua masih terus berkarya dan menghasilkan lagu-lagu keras untuk band gua. Kami sangat bahagia bersama, sehinggalah satu hari sedang gua praktis main gitar kat atas batu di tepi pantai yang airnya membiru , dia meluahkan sesuatu yang sukar gua terima.

"Sayang, daddy I tak suka ahli muzik" katanya.

Gua tersentak. "Habis tu, nak buat macamana? ni minat I, Rock jiwa i, muzik periuk nasi I." kata gua, ada sedikit gusar dalam hati gua.

"I tak kisah u main muzik. I sentiasa sokong u, tapi masalahnya daddy I. Dia memang anti dengan ahli musik.Kalau U betul-betul sayangkan, u kena ubah penampilan u, u kena tinggalkan bidang ni"

Ah, orang koperat memang macam tu. Konon anti ahli muzik, anti artis, tapi pergi karaoke hello erra fariza, hello Umie Aida jadi eskot. Argh, Gua buntu - diam; berfikir. 5 minit. 10 minit. 30 minit. 1jam.

"Baiklah, I betul-betul cintakan U. Demi U i buat semua ni. Kejap lagi kita pergi KLCC. I nak beli kemeja dan seluar slek." kata gua setelah lama berfikir.

"Kasut hitam jangan lupa" balasnya, mengingatkan gua.

"Baeklah sayang" kata gua sambil tersenym kacak.

"I sayang you" luahnya ikhlas.

"I pon sayang u." balas gua.

"Banyak mana?" dia menyoal, menduga.

"banyaknya umpama banyaknya butiran pasir-pasir di tepian pantai." balas gua yakin.

"Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" jeritnya girang dan terus mendakap gua, dan kami bercumbu mesra.

Darah muda gua yang panas lagi menggelgak bila didakap begitu erat. Gua membalas kucupan itu. Hangat! Sehangat cinta kami berdua.

TIBA-TIBA.. ring..ring..ring.. Ahh, telefon siapa pula tu. Ring ring ring.. Bunyinya makin kuat. Potong!

Ring ring ring.... Ah, telefon gua rupanya. Nama cik puan gua terpapar pada skrin. Ah, gua tengah kemaruk cinta sampai lupa gua dah bertunang. Jantung gua berdebar-debar. Gua beranikan diri untuk menjawab panggilan itu. Apa nak jadi, jadilah.

"AM bangunlah, Dah 16 kali dah Ma call, tadik suroh kejot." suara cik puan tegas di corong telefon.

"Ye la ye la, am bangun ni." Kata gua lantas bangun dan mandi. Kejap lagi gua ada temujanji jumpa client.

"KACAU BETUL"