Tuesday, April 10

Ingat Idea Senang2 Datang?

Mustafa duduk di muka pintu rumahnya - mengikat tali kasut, ketat ketat. Lantas dia bangun, menepuk-nepuk punggungnya tiga empat kali. Beg galas 2 3 biji berisi pakaian dan stok makanan dicapainya lalu diletakkan  pada belakang vespanya lalu diikat supaya tidak jatuh.

Mustafa tarik nafas dalam-dalam. Kali ni dia betul betul nekad. Dah lama dia merancang. Perancangannya teliti. Dia patut mengembara melihat kehidupan diluar sana. Dia patut keluar untuk meluaskan pemandangan dan pengalamannya. Dia nekad kali ni, betul-betul nekad.

Dia nekad berhenti kerja. Dia nekad menggunakan duit simpanan kawennya, dia nekad mengembara melihat alam buana bersama Vespa Super 150 kesayangannya. Mustafa betul-betul nekad dan semangat.

Engkol vespanya ditendang - beberapa kali - preng!!!! preng!!!! preng!!!! Deruman enjin vespa tua itu memecah hening pagi. Asap putih pekat keluar dari ekzos bikin vespanya. Pekat, mencemarkan udara pagi yang segar.

Mustafa biarkan enjin panas seketika. Bila enjin betul betul panas, baru dia tekan gear 1, dah bermulalah pengembaraan Mustafa melihat alam buana.

Mustafa menunggang penuh berhati-hati. Tunggangannya tak laju mana, sedang-sedang saja. Dia tak mahu kejar masa. Bawa perlahan sambil layan pemandangan sangat asyik baginya.

Sedang dia leka membawa vespa, tiba-tiba baru dia teringat satu adegan dalam filem Gila - Gila Remaja ; Roy berenti rehat di tepi sungai sambil mengulangkaji pelajaran. "Stylo betul." bisik hati kecil Mustafa lalu dia memperlahankan vespanya dan berhenti di tepi sebatang pokok rendang di tepi jalan. Dia menggeliat hilangkan lenguh sendi tubuhnya.

Tikar kecil yang dibawa dibentangnya betul-betul bawah pokok rendang tu. Mustafa baring lantas dicapai novel cinta yang dibawanya. Sambil rehat baca novel, baru masa tak terbuang begitu saja. Lama kelamaan Mustafa terlena.

Apabila Mustafa terjaga, dia dapati vespanya sudah tiada. Mustafa jadi tak keruan. Menyesal pula dia membaca novel cinta sampai tertidur. Dia melihat jam, 4 jam dia terlena. Mustafa tidak sedar bila motosikalnya dicuri.

Mustafa mengemas semula barang-barangnya, tikar dilipat dan dimasukkan dalam beg lalu digalasnya. Mustafa tiada pilihan, dia harus menahan kereta, tumpang pergi keman-mana pekan terdekat. kemudian naik bas untuk meneruskan perjalanannya.

Dia harus meneruskan perjalanannya, dia tak boleh patah balik ke kampungnya. Cerita Mustafa mengembara sudah dicanang satu kampung, kalau dia pulang awal, malulah dia. Kurang-kurang 2 minggu baru boleh tunjuk muka.

Sejam Mustafa tahan kereta, tapi satu pon tak berenti. Mustafa ambil keputusan untuk jalan kaki sahaja. Dia mulakan langkah. Lama kelamaan Mustafa mula penat., bukan mustafa saja penat, gua pon naik penat menaip cerita ni.

Sudah sudah, gua dah takda idea nak tulis apa lagi. Pergi jahanamlah mustafa dengan pengembaraannya. Pening kepala gua nak pikirkan pengembaraan Mustafa ni. Xda idea xda idea. Baik gua tido!!